Panjang = 169km
Tarikh dibuka = 01-Ogos-2004
Tarikh dibina = 30-Ogos-2000
Konsesi = MTD Capital Bhd.
Pemaju = MTD Capital Bhd.
Tarikh dibina = 30-Ogos-2000
Konsesi = MTD Capital Bhd.
Pemaju = MTD Capital Bhd.
Lebuhraya Pantai Timur (LPT) adalah Lebuhraya 4 lorong 2 hala yang menghubungkan Karak dalam negeri Pahang ke Chendering dalam negeri Terengganu melalui Kuantan. Ianya merupakan sambungan dari Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak yang ada sekarang bermula dari Karak, Negeri Pahang (berhampiran dengan stesyen timbang JPJ sekarang) dan berakhir di Chendering, Negeri Terengganu melalui Lanchang, Mentakab, Temerloh, Chenor, Maran, Kuantan, Jabur, Bukit Besi, Ajil dan Chendering. Kerja pembinaan Lebuhraya ini sepatutnya bermula pada awal tahun 1999. Oleh kerana Syarikat terdahulu telah gagal membuat Perjanjian Konsesi 'effective', kerajaan telah membuat keputusan untuk membiayai sendiri projek ini secara 'turnkey contract', dimana pembinaannya terbahagi kepada dua fasa iaitu Fasa 1 (Negeri Pahang) dan Fasa 2 (Negeri Terengganu).
Fasa-fasa dalam pembinaan Lebuhraya Pantai Timur (LPT)
Fasa 1 : Negeri Pahang
Sebagai permulaan untuk merealisasikan projek ini Kerajaan telah memulakan Pembinaan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 sepanjang 169 KM dimana ia adalah sambungan dari Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak yang ada sekarang bermula di Karak dan berakhir di Kuantan sempadan Pahang-Terengganu dan menawarkan projek ini kepada MTD Capital Berhad sebagai kontrator 'turnkey'. Kerja-kerja pembinaan telah dimulakan pada bulan Ogos 2000 dengan kos pembinaannya ialah RM 1.3 billion atau RM 7.5 juta sekilometer.
Maklumat Kontrak
Pegawai Penyelia : Ketua Pengarah Lembaga lebuhraya Malaysia.
Kontraktor Turnkey : MTD Capital Bhd.
Jurutera Perunding : Terratech Consultants.
Fakta Teknikal
Laluan 4 lorong 2 hala dengan kelajuan rekabentuk 120 km/jam.
- Beroperasi secara sistem tol tertutup.
- Terdapat 52 buah jambatan melintasi sungai-sungai dan jalan-jalan sedia ada.
- Stesyen timbang JPJ (3 unit) iaitu: 1. Kg. Bintang, 2. Paya Rambutan, 3. FELDA Panching Timur
- Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) (4 unit) iaitu (2 unit) di Kg. Bintang dan (2 unit) di Paya Rambutan.
- Hentian Sebelah (Layby) (6 unit) iaitu (2 unit) di FELDA Lakum, (2 unit) di FELDA Bukit Tajau dan ( 2 unit) di FELDA Pancing Timur.
- Terdapat 85 buah VBC (Vehicular Box Culvert) untuk kemudahan penduduk kampung melintasi lebuhraya.
- Sebanyak 8 Persimpangan Bertingkat yang dibina dalam negeri Pahang iaitu:
- 1. Persimpangan Bertingkat Karak.
- 2. Persimpangan Bertingkat Lanchang.
- 3. Persimpangan Bertingkat Temerloh.
- 4. Persimpangan Bertingkat Chenor.
- 5. Persimpangan Bertingkat Maran.
- 6. Persimpangan Bertingkat Sri Jaya.
- 7.Persimpangan Bertingkat Gambang.
- 8. Persimpangan Bertingkat Kuantan
Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 telah dibuka kepada orang pada 1 Ogos 2004 dimana ia telah diramikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, bertempat di Plaza Tol Kuantan. Pengguna akan dikenakan bayaran tol bermula pada 3 September 2004 bersamaan dengan hari Jumaat
Fasa 2 : Negeri Terengganu
Terdapat perubahan terhadap cadangan jajaran bagi mengambil kira aspek teknikal dan sosial dan untuk mengelakkan kesesakan di Bandar Kuala Terengganu di mana Lebuhraya berakhir di Sg. Tong Kuala Terengganu. Pada masa ini pembinaan belum dijalankan.Dengan terlaksananya projek ini ianya akan menjadi penghubung darat yang utama antara koridor di pantai barat dan pantai timur. Ianya juga akan memendekkan masa perjalanan dari pantai barat ke timur.
Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang berharga RM1.2billion ini ialah sensasi terkini sector pengangkutan awam di Malaysia. LPT dibuka kepada orang ramai pada 1 Ogos 2004. Rakyat dipelawa menguji lebuhraya ini selama satu bulan tanpa tol. LPT sangat signifikan kerana ianya adalah satu-satunya lebuhraya 4-lorong yang menghubungkan pantai barat dan pantai timur Semenanjung Malaysia. LPT diharapkan dapat memacu pembangunan ekonomi di wilayah pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Projek LPT dilaksanakan dalam 2 fasa. Fasa 1 menghubungkan Karak ke Kuantan, PAHANG. Fasa 2 menghubungkan Kuantan ke Kuala Terengganu, TERENGGANU.
Fasa 1 Lebuhraya sepanjang 169 km ini bermula di Karak, Pahang (persimpangan Karak) dan berakhir di sempadan Pahang/Terengganu (persimpangan Kuantan). Ianya merupakan sambungan dari Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak yang ada sekarang.
LPT juga terkenal dengan kadar kemalangan yang tinggi. Sejak dibuka pada Ogos lalu, sebanyak 108 kemalangan yang telah berlaku di LPT. Laporan pakar menunjukkan antara faktor penyebabnya ialah kerosakan pada rekabentuk di km36 lebuhraya itu yang menyebabkan sesetengah kenderaan laju "menggelungsur" di sudut jalan. Ini berlaku kerana penaikan tinggi tidak mencukupi antara sepanjang jalan Km90 dan Km126. MTD Capital Bhd selaku kontraktor turnkey diarahkan membetulkan segala kecacatan rekabentuk LPT. Susur Keluar (Exits)
Terdapat 8 susur keluar dari LPT melalui 8 persimpangan bertingkat, iaitulah Karak, Lanchang, Temerloh, Chenor, Maran, Sri Jaya, Gambang dan Kuantan. (lihat peta di atas). Jarak persimpangan antara Temerloh dan Chenor paling dekat hanya dipisahkan oleh Sungai Pahang.
Setiap susur keluar mempunyai lampu jalan “floodlight’ yang mencukupi. Jambatan merentasi Sungai Pahang dihiasi lampu yang berlebihan.
Kemudahan-kemudahan asas
Terdapat 4 kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dan 6 hentian sebelah (lay-by) di sepanjang LPT. Kawasan rehat mempunyai kemudahan bilik air, gerai-gerai makanan/minuman dan surau. Pemandu-pemandu yang mengantuk boleh tidur sekejap di hentian sebelah.
Stesen-stesen minyak boleh dijumpai di setiap kawasan rehat (2 Shell dan 2 Petronas). Pada waktu kembara ini, hanya kawasan rehat Temerloh yang dibuka sepenuhnya.
Had Laju
Had laju di kebanyakan bahagian ialah 110 km/j. Sebahagian laluan mempunyai had laju 90km/j disebabkan risiko selekoh, jalan tidak rata dan angin lintang (cross wind). Kereta berkeupayaan tinggi bergerak selesa pada kelajuan 150km/j tetapi tidak digalakkan.
Kadar Tol
Kadar tol dari persimpanagan Karak ke persimpangan Gambang ialah RM16.70 dan lebih kurang RM20 jika anda keluar di persimpangan Kuantan.
salam.. tuan punye blog.. bole x mntax share ckt cerita pasal lpt nh ;)
ReplyDelete